'Selamat Sejahtera'
Hai kawan-kawan ini ruangan latihan saya. Komen anda dialu-alukan. Terima Kasih.
Latihan 1
Berikut ada beberapa pantun.
Arahan ; Baca pantun dengan sebutan betul dan intonasi sesuai.
Mari Berpantun
'Kebersihan Diri'
Adik mandi di tepi perigi,
Bangun pagi cuci gigi.
Pergi berehat di Batu Pahat,
Gigi kuat gusi sihat.
Gelang emas dipakai Mak Utih,
Baju kemas warnanya putih
'Rakan Karib'
Daun padi daun sawi,
Anas menjadi rakan Tawi.
Daun ketapang daun pakis,
Waktu lapang Tawi melukis.
Daun mangga daun duku,
Anas pula membaca buku.
Daun peria daun kari,
Tawi bergaya menghias diri.
Daun jambu daun lalang,
Suka membantu ringan tulang.
'Cintailah Sungai Kita'
Singgah di gerai bersama Amar,
Jagalah sungai jangan tercemar.
Subur bercambah daun semalu,
Kutip sampah janganlah malu.
Tanam sirih waktu petang,
Sungai bersih cantik dipandang.
Latihan 2
Arahan ; Baca ayat.
Letakkan huruf besar dan tanda nokta.
1. pak abu membaca surat khabar
________________________
2. mak utih memasak nasi di dapur
________________________
3. abdul rahman dan ranjan berkawan baik
______________________________
4. rina bersekolah di sekolah kebangsaan taman melati
_______________________________________
Latihan 3
Arahan ; Baca ayat.
Garis kata kerja pada ayat.
1. Tawi mengelap peluh guna tuala.
2. Rajan membasuh kasut guna air.
3. Ramasamy dan Muthu bermain badminton.
4. Abdul memakai kasut sukan warna hijau.
Latihan 4
Arahan ; Mari menyanyi lagu ini irama 'Anak Itik Tok Wi'
'Pesan Ibu'
Ayun-ayun tangan
Sambil pegang bahu
Waktu pergi taman
Ingat pesan ibu
Ayun-ayun tangan
Jalan hentak kaki
Waktu pergi taman
Mesti hati-hati
Ayun-ayun tangan
Pusing kiri kanan
Waktu pergi taman
Pandai jaga diri
Latihan 5
Arahan ; Membaca dan Memahami Maklumat.
'Sahabat Baik'
Ini sabahat baik saya. Nama nya Jia Ling.
Umurnya tujuh tahun. Dia tinggal di Taman Emas.
Jia Ling berbangsa Cina. Dia sekelas dengan saya.
Kami ke sekolah dengan menaiki van. Jia Ling
baik hati. Saya suka berkawan dengannya.
1. Nama sahabat baik saya ialah________________________.
2 .Jia Ling berumur __________________________________.
3. Jia Ling tinggal di _________________________________.
4. Jia Ling berbangsa ________________________________.
Latihan 6
Arahan ; Susun semula perkataan supaya menjadi ayat yang betul.
1. lobak itu Arnab makan
_______________________
2. itu Burung tinggi terbang
_______________________
3. Tini bunga memetik setangkai
_______________________
4. dari pejabat Ayah pulang
________________________
5. ayam membela Danish seekor
_________________________
Latihan 7
Arahan: Lengkapkan ayat dengan 'Kata Tanya' yang betul.
Apa Bila siapa di mana mengapa
1. yang bermain layang-layang?
2. Mereka bermain layang-layang ?
3. Ani tidak hadir ke sekolah?
4. kawan karib Anas?
5. kegemaran awak pada masa lapang?
6. Pokok bunga ini ditanam oleh ?
7. Kamu hendak buat bunga melur ini?
Latihan 8
Arahan : Garis perkataan berimbuhan awalan yang betul.
1. Amin (berkawan ,berteman) dngan Adzlan.
2. Amin dan Azlan suka ( bermain , membaca ) buku cerita
3. Mereka ( bermain, berhibur ) layang-layang.
4. Mereka (menghias ,mengubah ) layang-layang itu..
5. Ibu (memasak , menulis ) lauk di dapur.
Latihan 9
Arahan : Garis Kata Ganti Nama Diri yang betul.
1. ( Saya , Kamu ) sedang ketip kuku.
2. ( Kita , Kami ) main bola sepak.
3. "Cuci rambut ( kami , kamu ) dengan syampu," kata kak Alia kepada Amin.
4. ( Kita , Kami ) mesti gosok gigi.
5. ( Saya , Kamu ) bantu ibu sapu longkang.
Latihan 10
Arahan : Lengkapkan ayat dengan Kata Hubung yang sesuai.
1. Anas Huda tinggal di Taman Melati. atau
2. Kita akan pergi ke sana dengan menunggang basikal dan
berjalan kaki ?.
3. Kamu suka makan buah sayur? sambil
4. Kakak menyapu sampah mendengar lagu.
kerana
5. Adik tertidur di atas sofa letih.
Latihan 11
Arahan : Baca dan tulis semula ayat dengan tulisan kemas.
1. Huda main buaian.
.
2. Anas jogging di taman.
.
3. Devi main dengan kawan.
.
4. Ravi main bola di padang.
.
Latihan 12
Arahan : Baca petikan,kemudian tulis hanya 5 sahaja Kata Nama Khas pada garisan di bawah.
Nama saya Nirmala Sari. Umur saya 7 tahun. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Malanta Sandakan. Bapa saya Encik Ibrahin Bin Taha. Beliau seorang doktor, bertugas di Hospital Duchess Of Kent Sandakan. Ibu saya Puan Siti Intan Binti Abraham. Ibu saya seorang guru tadika di Sekolah Kebangsaan Kg. Karamunting, Sandakan. Minuman kegemaran saya ialah milo susu, makanan kegemaran saya pula nasi ayam tomato. Hobi saya pula ialah menanam bunga.
Tulis Kata Nama Khas yang terdapat dalam petikan:
1.
2.
3.
4.
5.
Salam, murid-murid tahun 1 ini ibaratkan kain putih, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pantun ini sesuai untuk kanak-kanak tahun 1, menjaga kebersihan adalah amalan penting dalam kehidupan seharian semoga ini menjadi tabiat dan diamalkan oleh anak didik cikgu.
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda. Begitulah harapan saya agar murid-murid sentiasa mengamalkan sikap ini.
Deletesemoga murid2 dpt mngambil iktibar dr pantun ini.
DeleteAlhamdulillah amin.......terima kasih atas respon yang diberikan.
DeleteSalam, pantun ini ringkas dan sesuai untuk murid-murid. Mudah difahami oleh murid-murid bahkan memnberikan pengajaran agar mereka menjaga kebersihan samaada di sekolah mahupun di rumah.
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu Ros..
DeletePantun ini sesuai untuk murid-murid Tahun Satu.Pantun adalah salah satu unsur didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran.Ia mewujudkan suasana riang ria dan ceria.
Salam,
DeleteTerima kasih atas respon yang diberikan.
Salam,
DeleteTerima kasih banyak-banyak. Kebersihan asas keimanan.
saya dah baca akk...ayat yang mudah dan seronok bagi murid-murid yang lemah membaca..
ReplyDeleteterima kasih mieramanja.
Deletebagus utk kanak2 y lemah . good job cgu
ReplyDeleteterima kasih atas respon yang diberikan.Harapan saya sebagai warga pendidik semoga kami dapat melahirkan anak didik yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
DeleteAssalamualaikum cikgu Ros,
ReplyDeleteLatihannya sesuai dengan murid Tahun 1. Teruskan usaha..!
Waalaikumsalam,
DeleteCikgu, terima kasih dan salam penghargaan. asemoga memberi manfaat kepada semua.
haha...ada nama batu pahat la... :)
ReplyDeleteBatu bukan sebarang batu, Batu Pahat tempat yang indah untuk berehat (:
DeleteAssalamualaikum Cikgu Ros, saya suka soalan yang cikgu sediakan di blog ini. Amat sesuai untuk murid yang lemah dan pastinya dapat membantu serta menaikkan semangat mereka untuk terus belajar.
ReplyDeleteSalam,
DeleteTerima kasih Cikgu Sue, itulah kemampuan murid-murid saya, kelas LINUS,tetapi alhamdulillah selepas saringan 3 linus murid saya dah ada kemajuan. Amin...
Latihan yang sesuai dengan aras murid. Tahniah.
ReplyDeleteAssalammualaikum,
ReplyDeleteCikgu Fatimah, Terima kasih dan salam penghargaan atas respon yang diberikan.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteTahniah cikgu Ros, aktiviti yang mudah dan mempunyai pengajaran seperti Akt. 1 & 4...
Salam,
DeleteTerima kasih Ustazah PgSiti kerana memberi respon dalam ruangan saya.
Salam cikgu Ros, bagus latihannya...seperti sesuai untuk anak saya. Mohon saya ambil dan jadikan latihan ye cikgu
ReplyDelete